suria

Park Yoo Chun (JYJ) Sertai Latihan Ketenteraan

Park Yoo Chun menyertai latihan ketenteraan sejak Khamis lalu.
PENYANYI dan aktor Park Yoo Chun daripada kumpulan JYJ memulakan latihan ketenteraan selama dua tahun sejak Khamis lalu.

Korea Herald melaporkan, Yoo Chun, 29, mendaftarkan diri di Kem Tentera Nonsan, Selatan Chungcheong di mana dia bakal mendapat latihan asas ketenteraan selama lima minggu.

Selepas itu dia akan bertugas di Pusat Kebajikan di kem tentera memandangkan dia tidak boleh terlibat dalam latihan berat akibat penyakit asma.

Yoo Chun adalah ahli kedua JYJ yang menyertai latihan ketenteraan selepas Kim Jae Joong pada Mac lalu.

Pelakon itu baharu sahaja muncul dengan drama bersiri terbaharunya berjudul The Girl Who Sees Smells disampung aktres Shin Se Kyung.

Di Korea Selatan kesemua lelaki berkelayakan berumur di antara 18 hingga 35 tahun diwajibkan menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun memandangkan negara itu secara teknikalnya masih berperang dengan Korea Utara.
Park Yoo Chun, JYJ

Artikel Lain