TMZ melaporkan kedua-dua mereka dilihat gembira ketika menikmati makan malam tanpa menghiraukan tetamu lain dalam restoran berkenaan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan hubungan sebenar pasangan berkenaan.
Harry adalah cucu kepada pengasas Morton Steakhouse iaitu Arnie Morton dan kini adalah Ketua Pegawai Ekskutif Pink Taco di Las Vegas.
Britney pula baru-baru ini mengumumkan persembahannya di Planet Hollywood Las Vegas dilanjutkan selama dua tahun lagi.