PEMINAT melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap kulit album terbaharu kumpulan Super Junior yang disifatkan terlalu ringkas dan tidak menarik. Allkpop melaporkan, peminat bertambah berang kerana album berjudul Magic itu sangat penting memandangkan ia adalah karya sempena 10 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik. "Ia terlalu ringkas seperti dilakukan dalam masa 30 saat menggunakan aplikasi MS Paint," kata salah seorang peminat di Instagram. Berikutan kekecewaan itu, peminat Super Junior tampil dengan pelbagai rekaan kulit album terbaharu kumpulan itu dan dikongsi di Instagram. Malah salah seorang anggota Super Junior, Eunhyuk memuat naik semula salah satu hasil karya peminat di Instagram miliknya.