BIARPUN baharu berusia 16 tahun, anak lelaki David Beckham iaitu Brooklyn Joseph Beckham mula mendapat perhatian di seluruh dunia. Malah, gambar terbaharu, remaja itu bersama penyanyi Selena Gomez mendapat kritikan netizen yang juga peminat Brooklyn. Kedua-dua remaja itu bertemu ketika menghadiri Minggu Fesyen New York, baru-baru ini. Seperti dipetik Hollywoodlife, pasangan ini kelihatan mesra dan berpelukan sepanjang acara tersebut. "Selena lebih baik kamu berundur! Dia (Brooklyn) milikku," tulis pemilik akaun @i.venegaas. "Tolong katakan padanya (Selena) untuk jangan dekati anda," tulis peminat lainnya. Bagaimanapun, terdapat peminat yang menyokong hubungan mesra tersebut dan menganggap selebriti ini sepadan untuk jadi pasangan kekasih.