LEGENDA bola sepak England, David Beckham menjelaskan tidak pernah bercadang untuk bergelar pelakon sebagai respons kepada gosip mengatakan dia bakal menggalas tanggungjawab ejen 007 dalam filem James Bond. David sebaliknya menganggap berita berkenaan sebagai lucu namun tidak menyangka disebut-sebut sebagai wajah baharu filem berkenaan. "Saya mengetahui mengenai perkara itu beberapa hari yang lalu dan saya ketawa. Saya tidak akan muncul dalam filem berkenaan. "Malah saya tidak merancang untuk bergelar pelakon dan minat dalam bidang itu hanya sekadar suka-suka sahaja," katanya. Sebelum ini, peminat David mencadangkan dia menggantikan Daniel Craig yang akan tamat kontraknya dalam masa terdekat ini.