ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Lay menolak untuk menerima sebarang hadiah daripada peminat sempena hari jadinya pada 7 Oktober ini. Soompi melaporkan Lay, 24, tidak mahu peminatnya membazir sebaliknya ingin mereka menggunakan wang tersebut dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan. "Kami sering bertanya kepada pihak pengurusannya iaitu SM Entertainment tetapi Lay memberitahu tidak akan menerima sebarang hadiah bersempena hari jadinya. "Sebaliknya Lay meminta kami menggunakan wang berkenaan untuk kebaikkan orang lain seperti menderma kepada orang susah atau pun melakukan aktiviti melibatkan penyertaan masyarakat," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram. Dalam pada itu, peminat setia penyanyi itu memuji tindakan Lay dan menggelarnya sebagai seorang yang berhati mulia.