AKTOR Johnny Depp berasa risau dengan keinginan anak perempuannya, Lily-Rose Melody Depp yang mahu menceburi bidang fesyen sebagai seorang model secara serius. Menurut laporan majalah People, aktor berusia 52 tahun itu berkata, Lily, 16, terlalu muda untuk terlibat dengan kerja-kerja yang dianggap hanya untuk orang dewasa. "Saya tidak menjangkakan yang Lily akan terlibat dengan dunia seni seawal umurnya sekarang. "Tetapi saya perlu akur, itu adalah minatnya dan dia suka dengan kerja yang dilakukannya," kata Depp. Selain menjadi model, Lily juga terlibat dalam dunia lakonan dan baru sahaja selesai penggambaran filem Yoga Hosers.