ANGGOTA kumpulan 4Men, Kim Won Joo akhirnya bakal menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bermula November depan. Allkpop melaporkan Won Joo sebelum ini sepatutnya mendaftarkan diri pada September lalu namun terpaksa menangguhkan perkara itu kerana terikat dengan beberapa persembahan pentas. Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusannya dan memberitahu Won Joo akan mendaftarkan diri di Kem Tentera di Kangwondo Chuncheon. Kumpulan 4Men akan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa tanpa kehadiran Won Joo.