PENYANYI latin terkenal Julio Iglesias tidak akan mengadakan persembahan di kasino milik ahli perniagaan Donald Trump selepas dia menggelar hartawan itu sebagai badut. Billboard melaporkan Julio berkata demikian selepas temu bualnya bersama akhbar La Vanguardia sempena pelancaran album terbaharunya, Mexico. "Saya pernah menyanyi beberapa kali di kasino miliknya tetapi ia tidak akan berlaku lagi selepas ini. "Dia fikir dia boleh mengubah dunia tetapi dia lupa apa yang telah dilakukan oleh 'pendatang' kepada negaranya? Dia seorang badut," katanya. Donald yang juga calon parti Republikan sebelum ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan presiden Amerika Syarikat.