Allkpop melaporkan lamaran daripada gadis berusia 16 tahun itu mendapat perhatian peminat selepas video lamaran berkenaan dimuat naik di YouTube.
Gadis berkenaan mendapat pujian selepas tindakannya melamar dianggap sebagai ikhlas dan berani.
"Oppa (abang), bila awak akan berkahwin?," soalnya kepada Ah In sehingga menyebabkan hilai tawa di kalangan penonton yang menghadiri sesi berkenaan.
Bagaimanapun Ah In tidak mengambil serius kejadian itu dan menganggap ia perkara biasa yang berlaku kepada selebriti belum berkahwin sepertinya.