PENYANYI Rita Ora dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas pemain drum kumpulan Blink 182 iaitu Travis Barker. Dipetik menerusi E! Online, sumber memberitahu kedua-dua mereka berkenalan ketika pertandingan bola keranjang Power All-Star di Los Angeles beberapa minggu lalu. Ketika itu, Travis membuat persembahan di majlis tersebut, manakala Rita diminta untuk memperkenalkan para pemain bola keranjang berkenaan. Pemuda berusia 39 tahun itu juga memuat naik gambar-gambar mereka di Instagram. "Saya bersama si cantik @ritaora di @power_106," tulisnya di kapsyen gambar tersebut. Bagaimanapun, ketika ditanya tentang perkara itu, Travis enggan mengakui hubungan istimewa seperti yang diperkatakan dan hanya memberitahu bahawa mereka mempunyai satu persamaan tentang cita rasa muzik. "Kami mempunyai persamaan tentang muzik yang membuatkan kami rapat," ujarnya.