Menurut laporan Koreaboo, agensi kumpulan itu, Yedang Entertainment membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Facebook C-Clown.
"Pada 19 Julai 2012, C-Clown menjadi perhatian ramai menerusi single lagu Solo. Bagaimanapun selepas tiga tahun, kumpulan itu dibubarkan berkuatkuasa 5 Oktober 2015.
"Pihak Yedang bersama anggota C-Clown iaitu Rome, Siwoo, Ray, Kang Jun, T.K, Maru telah bersama selama tiga tahun dan kerjasama antara kami berjaya membuahkan hasil.