Penggunaan foto Kyung Li dikesan pada 23 September lalu di sebuah festival universiti tanpa meminta keizinan pihak pengurusan dan artis berkenaan.
Pada 5 Oktober lalu, agensi tersebut mendedahkan sudah membuat aduan terhadap perkara itu di Ibu Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Barat kerana melanggar undang-undang berkaitan promosi sistem rangkaian maklumat dan pemeliharaan maklumat.
"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran gambar mana-mana artis di bawah agensi ini yang berniat jahat, kandungan fitnah dalam dan luar talian yang menjejaskan reputasi artis tersebut," ujar agensi itu menerusi satu kenyataan.