KIM Kardashian yang kini mengandung anak kedua berkongsi perasaannya sepanjang melalui tempoh kehamilan. Menurut laporan majalah People, bintang realiti berusia 34 tahun ini menganggap tempoh kehamilan adalah pengalaman yang sangat teruk dalam hidupnya. Kim berkata, dia tidak dapat merasai perasaan keseronokan dan tidak faham bagaimana kebanyakan wanita mengandung termasuklah ibunya, Kris Jenner dan kakak, Kourtney, mempunyai perasaan seronok dan teruja. Lebih membuatkan Kim tidak senang hati apabila melihat tubuh badannya yang semakin besar dan langsung tidak mempunyai keyakinan diri berdepan dengan khalayak. Isteri kepada penyanyi Kanye West itu akan melahirkan anak kedua pada Disember ini.