suria

Peminat Kim Soo Hyun Berang Majlis Lewat Dua Jam

MAJLIS bertemu peminat Kim Soo Hyun membangkitkan kemarahan peminatnya apabila mereka terpaksa menunggu hampir dua jam.

Penganjur majlis tersebut dikhabarkan gagal mengawal keadaan selepas jumlah pengunjung yang datang ke lokasi tersebut iaitu di sebuah universiti di China lebih daripada jangkaan sebenar.

Jumlah pengunjung yang ramai membanjiri lokasi membuatkan penganjur terpaksa menghentikan majlis buat sementara sehingga keadaan menjadi reda.

Penganjur juga diminta memindahkan lokasi majlis ke sebuah hotel berhampiran, namun jumlah pengunjung yang masih ramai menyukarkan kawalan dilakukan oleh pengawal keselamatan.

Sementara itu, biarpun majlis lewat selama dua jam, Soo Hyun dianggap profesional apabila berada di lokasi majlis tiga jam awal sebelum majlis sepatutnya bermula.

Kim Soo Hyun