Allkpop melaporkan pasangan berkenaan sudah berpisah sejak enam bulan lalu selepas masing-masing tidak dapat memberikan komitmen terhadap hubungan tersebut.
"Percintaan mereka secara jarak jauh dan kedua-duanya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bersama.
"Perkara itu menjadi punca utama hubungan tersebut hambar dan mengambil keputusan menamatkan percintaan mereka enam bulan lalu," menurut sumber.
Yuri dan Seung Hwan membuat pengakuan terbuka sedang bercinta pada April lalu.