PENYANYI Justin Bieber meluahkan rasa kecewa apabila foto bogel yang dirakam paparazi dan disebarkan di internet sehingga menjadi bahan bualan seluruh dunia.
Menurut laporan Hollywood Life, perkara itu benar-benar mengganggu fikiran kerana menyifatkan privasinya telah diceroboh.
"Bukankan kita sepatutnya berasa tenang ketika sedang bercuti? Harga diri saya kini benar-benar jatuh," katanya.
Baru-baru ini, Justin mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan tubuh badannya tanpa seurat benang ketika sedang bercuti dengan dengan kekasih terbaharunya, Jayde Pierce di Pulau Bora Bora, Perancis.