PENGACARA dan pelawak Rosie O'Donnell disaman oleh bekas penerbit program bual bicara The View, Jennifer Shepard-Brookman. Rosie, 53, disaman berhubung kenyataan fitnah dikeluarkan terhadap Jennifer sehingga menyebabkan dia dibuang kerja, lapor majalah US. Menurut sumber, Rosie turut didakwa menuduh Jennifer memburuk-burukkannya kepada salah seorang lagi pengacara The View, Whoopi Goldberg. Malah Rosie mendakwa Jennifer berkomplot dengan Whoopi untuk menjatuhkannya.