SEORANG peminat Seventeen bertindak di luar jangkaan dengan melempar album yang sudah ditandatangi oleh salah seorang anggota kumpulan itu dalam satu sesi ramah mesra. Aksi tersebut berjaya dirakam dan tersebar di internet sehingga membuatkan peminat-peminat kumuplan yang dianggotai 13 orang jejaka itu marah. "Wanita itu kata dia peminat, namun kenapa dia bersikap buruk di depan idola mu. Dasar tidak tahu malu. Apa yang dia fikirkan, mula saat ini, dia pasti dingati sebagai peminat yang gila," kritik salah seorang peminat. Tidak lama selepas video tersebut tersebar, peminat yang bertindak tidak sopan itu tampil meminta maaf secara terbuka. Dia juga mengaku menyesal kerana gagal mengawal emosi ketika sesi ramah mesra itu berlangsung.