Penyanyi berusia 27 tahun itu merakamkan video terbarunya itu di kawasan pinggir bandar Montreal, Kanada tetapi kini boleh ditonton atas platform Vimeo dan Vevo.
Ia menunjukkan Adele muncul di tingkap rumah kekasihnya sebelum bersembunyi di belakang kot bulu dalam rakaman yang bakal mencetuskan keterujaan baru di kalangan para peminat setianya yang telah lama menantikan lagu baru.
Album terakhir Adele diterbitkan pada 2011, sejurus selepas percintaannya dengan seorang lelaki yang masih dianggap misteri sehingga ke hari ini gagal.
Awal minggu ini, Adele mengumumkan album terbarunya berjudul '25' iaitu rakamannya yang pertama sejak Skyfall.
Adele juga mengesahkan yang album terbarunya akan mula berada di pasaran pada 20 November ini.
Single terbarunya 'Hello' akan turut dimuatkan dalam Album '25'.