AKTOR Choi Jin Hyuk dilaporkan sudah menamatkan latihan ketenteraan lebih awal akibat kecederaan lutut yang dialaminya pada Jun lalu. Syarikat pengurusannya, Red Brick memberitahu pelakon itu sudah menamatkan latihan ketenteraan secara rasmi pada 16 Oktober lalu selepas disahkan mengalami kecederaan parah di lutut dan perlu berehat. "Dia mengikuti latihan pada 31 Mac dan menderita sakit lutut serius dan sudah menjalani pembedahan di lutut kirinya. "Perkara itu memerlukan Choi mendapatkan rawatan teliti dan menyukarkan dia untuk meneruskan latihan ketenteraan wajib negara itu," ujarnya. Aktor drama Heirs itu mengakui sedih apabila tidak dapat meneruskan latihan ketenteraan tersebut dan berharap agar lututnya segera sembuh. Rawatan berkala yang diperlukan serta proses pemulihan yang dijalaninya mengecualikan dia meneruskan latihan tersebut atas alasan kesihatan.