suria

Khloe Kardashian Rela Tinggalkan Kekasih Demi Lamar Odom

Khloe menjalinkan hubungan cinta dengan James sejak Jun lalu.
SEJAK Lamar Odom ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga koma di sebuah rumah di Nevada, Amerika Syarikat (AS), bekas isterinya, Khloe Kardashian mahu membantu pemain bola keranjang itu.

Menurut laporan Contact Music, Khloe dikatakan sanggup meninggalkan kekasihnya, James Harden kerana mahu menjaga Lamar yang baru pulang dari hospital.

Foto kenangan ketika Khloe dan Lamar masih suami isteri.

Malah Khloe langsung tidak menghubungi James sejak bertemu semula dengan Lamar.

"Khloe benar-benar tidak pedulikan James dan mungkin dia masih lagi menyayangi Lamar," kata sumber.

Minggu lalu, Lamar mengalami koma gara-gara pengambilan dadah berlebihan. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di sebuah rumah pelacuran iaitu Love Ranch.

Khloe dan James yang juga pemain bola keranjang NBA mula menjalinkan hubungan cinta pada Jun lalu.

Khloe Kardashian, Lamar Odom

Artikel Lain