PELAKON Park Shin Hye mencuri perhatian khalayak apabila muncul dengan gaya seksi di sebuah acara amal yang dianjurkan oleh W Korea baru-baru ini. Park Shin Hye yang biasa tampil dengan rambut mengurai, kali ini mengikat rambutnya dan kelihatan cantik dengan mengayakan busana hitam menawan. Pelakon yang digosipkan bercinta dengan Lee Jong Suk ini bagaimanapun dikritik oleh segelintir netizen apabila tampil dengan pakaian menonjolkan peha. Ada juga netizen yang menganggap gaya ikat rambut menampakkan wajah wanita itu kelihatan lebih berusia. "Dia cantik tapi pehanya kelihatan besar, wajahnya turut seperti lebih tua daripada usia sebenar. Dia tidak sesuai mengikat rambut seperti ekor kuda seperti itu," ujar netizen.