PELAKON Orlando Bloom menafikan gosip sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan model Kendall Jenner yang kini baharu berusia 19 tahun. Pelakon yang juga bekas suami kepada model Mirandar Kerr itu menegaskan gosip percintaan mereka adalah tidak benar sama sekali. "Saya tidak kenal Kendall Jenner, tapi kalau kamu ada nombor telefonnya berilah kepada saya," ujarnya sambil berseloroh. Selain menjawab tentang khabar angin hubungan itu, dia juga mengambil kesempatan menjelaskan tidak pernah berselisihan faham dengan penyanyi Justin Bieber. "Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan khabar angin tentang perselisihan faham saya dengan Justin Bieber, ia adalah tidak benar," ujarnya.