PENYANYI Gwen Stefani mendedahkan perpisahannya dengan suaminya, Gavin Rossdale pada Ogos lalu telah memberi ilham padanya menulis lagu untuk album terbaharu. US Magazine melaporkan, Gwen, 46, berjaya menulis 19 buah lagu berkisar tentang hubungannya dengan Gavin termasuk single terbaharunya berjudul Used to Love You. "Sebelum ini saya sukar mendapat ilham untuk menulis karya baharu namun selepas perpisahan tersebut idea mencurah-curah dan sukar untuk menggambarkan situasi itu," katanya. Gwen dan Gavin mengambil keputusan untuk bercerai selepas 13 tahun berkahwin.