ANGGOTA kumpulan JYJ iaitu Jaejoong dikritik oleh media Korea Selatan selepas dia tampil memakai jam tangan mewah ketika menghadiri sebuah program melibatkan latihan ketenteraan yang sedang dilaluinya baru-baru ini. Allkpop melaporkan Jaejoong memakai jam tangan bernilai RM680,000 (USD$160,000) dan wartawan di negara itu menyifatkan selebriti itu tidak layak memakai barangan mewah memandangkan dia antara artis gred rendah. Ini bukan kali pertama Jaejoong dihentam kerana sebelum ini dia pernah dikritik gara-gara kesilapan ketika menyampaikan lagu kebangsaan Korea Selatan. Bagaimanapun, peminat penyanyi itu menyifatkan kritikan tersebut adalah keterlaluan dan Jaejoong berhak untuk memakai apa sahaja tanpa perlu meminta persetujuan daripada sesiapa.