E! Online melaporkan aktiviti berkenaan dilakukan sebagai rutin bersama suaminya, Eric Johnson dan dua anak mereka Maxwell dan Ace.
"Saya berjalan tiga kilometer sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk saya mengekalkan bentuk badang malah ia adalah cara untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama setiap pagi.
"Anak-anak juga seronok apabila kami membawa mereka berjalan kaki," katanya.
"Mengekalkan kehidupan sihat sangat penting untuk saya dan latihan kecergasan menjadi rutin sejak bergelar ibu," ujarnya.