POPULARITI G-Dragon nampaknya semakin meningkat hari demi hari. Menurut laporan Allkpop, bukan sekadar popular dengan muzik-muzik yang ditampilkan, tetapi laman sosial penyanyi itu turut meraih perhatian. Instagram G-Dragon Sehingga kini, G-Dragon sudah mencapai 7 juta pengikut di Instagram dan angka tersebut masih lagi meningkat setiap hari. Difahamkan, kebanyakan pengikut cukup senang dengan posting yang dibuat lebih-lebih lagi dia banyak berkongsi berkaitan aktiviti hariannya.