Ed dalam status terbaharunya di Instagram memberitahu dia juga akan berhenti menggunakan laman sosial buat seketika dan fokus kepada percutiannya.
"Sepanjang bercuti saya tidak akan menggunakan telefon, e-mel dan semua laman sosial kerana saya mahu berseronok ketika melancong nanti.
"Selepas lima tahun bertungkus lumus dalam bidang muzik ini masanya saya menikmati keindahan dunia tanpa sebarang tekanan," katanya dalam status berkenaan.
Untuk rekod, Ed mempunyai 16 juta pengikut di Twitter dan 5.5 juta di Instagram.