ANGGOTA kumpulan Girls Generation iaitu Sunny mendedahkan kucing peliharaannya yang diberi nama Sogeumi sering mengintai ketika dia sedang mandi. Sunny berkata, Sogeumi adalah seekor kucing yang bijak dan tahu bagaimana cara membuka pintu bilik air ketika dia sedang mandi. "Saya tidak pernah mengajarnya cara membuka pintu tetapi Sogeumi seekor kucing yang bijak dan sering memasuki bilik air ketika saya mandi. "Pada awal dahulu saya terkejut apabila mendapati dia berada dalam bilik air tetapi ia sudah menjadi kebiasaan," katanya seperti dilaporkan Korea Boo. Sunny berkata, dia hairan dengan aksi kucingnya itu namun menyifatkan Sogeumi seekor kucing yang setia.