PENGURUS kumpulan Bee Gees dan Eric Clapton iaitu Robert Stigwood dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 81 tahun. Menurut laporan Reuters, anak kepada salah seorang anggota Bee Gees, Robin Gib iaitu Spencer Gib mengumumkan khabar tersebut menerusi akaun Facebook miliknya. Bagaimanapun dia tidak memberi informasi secara terperinci mengenai kematian Stigwood. "Saya ingin berkongsi berita duka kepada anda semua bahawa ayah angkat saya dan pengurus yang sudah lama bersama saya, Robert Stigwood telah meninggal dunia," katanya. Penerbit muzik Broadway, Andrew Lloyd Webber turut memuji Stigwood yang menyifatkannya seorang penggiat seni berbakat di Twitter. "Selamat tinggal Robert yang disayangi, seorang penggiat muzik yang mengajar saya dalam banyak perkara." ujarnya. Selain Bee Gees dan Eric, Stigwood juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis popular lainAnak kelahiran Australia itu juga merupakan penerbit bagi filem The Who's Rock Opera Tommy dan Saturday Night Fever yang memperkenalkan muzik disko dan aktor John Travolta,yang baru berkecimpung dalam dunia seni .