Kim Ha Neul berkata, buat masa ini, dia masih sibuk dengan rangka promosi filem terbaharunya berjudul Dont Forget Me.
"Saya terlalu sibuk dengan promosi filem dan belum lagi memikirkan tentang majlis perkahwinan. Munkin selepas tayangan filem ini selesai barulah saya fikir tentang itu," ujarnya.
Pelakon drama Gentlemen's Dignity itu secara peribadinya mahu majlis perkahwinan tersebut berlangsung secara santai dan sederhana.
"Tiada apa yang bakal berubah selepas berkahwin nanti, saya akan terus aktif dengan kerjaya lakonan ini," katanya.