Penyanyi lagu On The Floor ini menerusi sebuah temubual majalah UsWeekly memberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat dan sering bersukan.
Jennifer memberitahu dia juga tidak mengambil minuman alkohol, kopi dan rokok. Dia menjadikan tiga perkara itu sebagai pantang utama dalam kehidupannya.
Dia juga lebih mengutamakan makanan sayuran hijau.
Selain itu, dia juga akan memastikan tidurnya mencukupi selama 10 jam setiap hari.
Jennifer turut mempunyai dua orang pelatih yang menemaninya ketika melakukan aktiviti sukan di gimnasium.