Menurut laporan People.com, Janet menerusi akaun Twiter miliknya pada Rabu lalu meminta peminat-peminatnya untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin yang bukan datang daripadanya.
"Ingatlah, percayalah perkara yang hanya datang daripada saya. Khabar angin itu tidak benar.
"Saya tidak mempunyai kanser. Tetapi saya semakin sembuh. Doktor membenarkan saya membuat konsert di Eropah seperti yang dijanjikan," katanya.
Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Rhythm Nation itu tidak menjelaskan apakah sebab pembedahan berkenaan dibuat.