suria

Ahmad Dhani Terima Bekas Isteri Jika Sanggup Bermadu

Ahmad Dhani dan Maia Estianty
PENYANYI Ahmad Dhani memberitahu dia mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya Maia Estianty jika wanita berkenaan bersetuju untuk hidup bermadu dengan isterinya kini iaitu Mulan Jamelea.

Ahmad Dhani berkata, dia mahu memperisterikan semula wanita itu demi masa depan tiga anak mereka.

"Kalau dia mahu saya ceraikan Mulan itu tidak mungkin terjadi, tapi kalau dia mahu poligami saya setuju demi anak-anak kami," ujarnya.

Ahmad Dhani berkata demikian ketika ditanya khabar angin kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas isterinya Maia Estianty.

Dia juga menyesal dengan perpisahan yang terjadi berikutan anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang ibu bapa yang sempurna.

"Pastinya saya menyesal terutamanya bila fikirkan tentang anak-anak. Mereka membesar tanpa kasih sayang yang sempurna," ujarnya.

Ahmad Dhani dan Maia Estianty berkahwin pada tahun 2996 dan berpisah secara rasmi pada Disember 2008. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Al Ghazali, El Rumi dan Abdul Qodir Jaelany.

Ahmad Dhani kemudian berkahwin dengan Mulan Jameela pada tahun 2010.

Ahmad Dhani, Maia Estianty

Artikel Berikut

Artikel Lain