KUMPULAN popular Korea, KARA dilaporkan akan dibubar tidak lama lagi. Menurut laporan Soompi, kontrak KARA bersama agensi Key East Entertainment sudah pun berakhir pada 3 Januari lalu dan kumpulan itu bercadang untuk tidak bersama lagi. Key East sehingga kini mengesahkan salah seorang anggotanya iaitu Hara akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Manakala Youngji, Seungyeon dan Gyuri, dikatakan sedang berunding untuk bernaung di bawah agensi lain. Difahamkan mereka juga mahu memberi fokus di bidang lakonan.