PENYANYI David Bowie yang meninggal dunia akibat kanser pada Isnin lalu bakal merampas kedudukan pertama carta Billboard 200 daripada Adele menerusi album terbaharunya berjudul Blackstar. Billboard melaporkan penjualan Blackstar yang dilancarkan pada Jumaat lalu bersempena ulang tahun ke 69 penyanyi itu melonjak selepas berita kematian mendiang tersebar. Ketika ini album Adele iaitu 25 sedang mengungguli carta tersebut sejak tujuh minggu lalu. Malah album berkenaan turut berada di tangga pertama di negara kelahiran Bowie iaitu Britian selain 13 album terdahulunya memasuki semula carta penjualan album.