PELAKON Lee Seung Gi memberitahu dia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia hiburan dan menjalani kehidupan ketenteraan yang bakal bermula pada Mac ini. Ketika ditemui pada pelancaran filem Chemistry, dia sedang menghargai hari-hari yang dilaluinya sebelum menyertai latihan ketenteraan berkenaan. "Di Korea semua lelaki wajib untuk berkhidmat untuk negara, maka kini sudah sampai giliran saya pula. "Hari-hari saya lalui kini sangat berharga sebelum mengabdikan diri kepada negara. Saya tidak akan menunda letihan tersebut," ujarnya. Lee Seung Gi juga berkata, dia berasa senang hati dan berharap dapat menjalani latihan itu dengan sihat dan selamat.