PELAKON Park Bo Gum, 22, dikhabarkan kini sedang berehat bersama pelakon wanita senior, Lee II Hwa ,55, di Thailand. Foto-foto pasangan itu tersebar di internet dan memperlihatkan kedua-dua mereka seperti sedang dalam satu hubungan istimewa. Penampilan pelakon wanita yang sering membawa watak ibu itu kelihatan berbeza dan mengejutkan netizen. Lee kelihatan seksi dengan berseluar pendek dengan baju berwarna putih ketat. Sementara itu, aktor tersebut tidak boleh bercuti lama berikutan mempunyai komitmen lain sebagai pengacara Music Bank.