suria

Lee Byung Hun Dijemput Menghadiri Anugerah Akademi Ke-88

Lee Byung Hun bakal menghadiri Anugerah Akademi ke-88 pada 28 Februari depan.

PELAKON Lee Byung Hun bakal menghadiri majlis Anugerah Akademi ke 88 yang bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 28 Februari depan.

Soompi melaporkan Byung Hun merupakan pelakon Korea Selatan pertama dijemput ke acara berprestij dunia itu.

Perkara berkenaan turut disahkan oleh syarikat pengurusannya iaitu BH Entertainment baru-baru ini.

"Walaupun dia tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori, namun jemputan itu adalah satu penghargaan buatnya," kata jurucakap agensi tersebut.

Byung Hun sebelum ini pernah tampil menerusi filem G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation sebagai Storm Shadow.

Lee Byung Hun

Artikel Lain