PELAKON Kang Ha Neul terpaksa mengambil diet ketat untuk menurunkan berat badan yang diinginkan bagi menjayakan watak dalam filem terbaharu berjudul DongJu: The Portrait of A Poet. Tidak seperti selebriti lain yang hanya mengambil buah-buahan atau sayuran, Kang Ha Neul dilaporkan mengamalkan diet unik dengan hanya makan mee segera atau lebih dikenali sebagai ramen di Korea. "Saya hanya makan satu mangkuk ramen setiap hari dan berjaya menurunkan tujuh hingga lapan kilogram daripada berat badan asal," ujarnya. Dia menganggap ia sebagai satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan sebagai seorang pelakon. Filem DongJu: The Portrait of A Poet merupakan filem pertamanya pada tahun 2016 ini dan akan ditayangkan pada 18 Februari ini.