suria

Go Eun Ah Jawab Kontroversi Jalani Pembedahan Plastik

Go Eun Ah buat pertama kalinya tampil menjawab dakwaan dia melakukan pembedahan plastik.

PELAKON Go Eun Ah akhirnya mengakui melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya ketika muncul dalam program Please Take Care of My Dressing Table baru-baru ini.

Eun Ah menjelaskan pembedahan itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya ia perlu dilakukan selepas dia mengalami kecederaan pada bahagian tersebut ketika menjalani penggambaran sebelum ini.

Jelasnya, ketika kejadian dia ditimpa oleh set pencahayaan yang jatuh dan terkena pada mukanya.

"Selain hidung yang patah saya juga mengalami kecederaan pada bahagian bibir. Sebab itu saya menjalani pembedahan itu bagi membetulkan hidung yang patah," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Spekulasi mengenai perubahan wajah Eun Ah mula dikesan peminat selepas pelakon itu membuat kemunculan semula selepas setahun menyepi.

"Itu adalah sebabnya selama setahun saya menghilangkan diri kerana kecederaan dialami selain ingin benar-benar pulih sebelum kembali bekerja," ujarnya.

Go Eun Ah

Artikel Lain