PELAKON Park Hae Jin dilaporkan menerima bayaran sejumlah AS$9.2 juta (RM38.64 juta) hasil daripada penglibatannya sebagai duta dan jurucakap lebih daripada 15 produk. Korea Herald melaporkan Park baharu sahaja menandatangani perjanjian sebagai duta produk termasuk 7 Eleven, Beanpole dan Centerpole yang bernilai jutaan ringgit. Dia juga baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama Mind Bridge, Kohler Novita dan Lotte Duty Free. Park menjadi pilihan syarikat-syarikat berkenaan kerana popularitinya yang bukan sahaja di Korea Selatan malah Jepun, China dan negara Asia lain. Drama lakonan Park, Cheese in the Trap mendapat sambutan luar biasa sehinggakan 7 Eleven mengeluarkan rangkaian makanan segera berdasarkan peranannya sebagai Yoo Jung dalam drama bersiri berkenaan. Produk berkenaan turut dipasarkan di China, Thailand, Taiwan dan Jepun.