ANGGOTA kumpulan One Direction, Louis Tomlinson yakin bahawa anak lelaki yang baharu sahaja dilahirkan oleh bekas kekasihnya, Briana Jungwirth yang diberi nama Freddie adalah anak darah dagingnya. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta hanya dalam tempoh singkat sekitar 2015, namun penyanyi itu yakin bahawa wanita berkenaan tidak menjalinkan hubungan asmara dengan lelaki lain selepas hubungan mereka berakhir. Seperti dipetik TMZ, Louis dengan senang hati menerima bayi lelaki tersebut tanpa sebarang persoalan, walaupun dia boleh memilih untuk melakukan ujian DNA terlebih dahulu bagi mengesahkannya terlebih dahulu. Louis perkenalkan anaknya di laman sosial Instagram. Sejak Briana mengandung, penyanyi tersebut sudah berasa yakin ia merupakan anak hasil hubungan mereka ketika bersama. Louis, turut memuat naik gambarnya bersama bayi tersebut di laman Instagram, Januari lalu. Biarpun sudah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain iaitu Danielle Campbell, dia tetap bertanggungjawab membayar segala keperluan bayi dan ibunya setiap bulan.