LOS ANGELES: Album penyanyi Taylor Swift berjudul 1989 diumumkan sebagai pemenang Album Terbaik pada Anugerah Grammy kali ke-58 pada Isnin.
Taylor, 26, menumpaskan empat pencalonan lain untuk kategori utama itu iaitu Kendrick Lamar (To Pimp a Butterfly), The Weeknd (Beauty Behind the Madness), Alabam Shakes (Sound & Color) dan Chris Stapleton (Traveller).
Penyanyi itu ketika memberi ucapan turut menekankan kejayaannya menjadi wanita pertama memenangi kategori berkenaan sebaganyak dua kali.
"Apa yang ingin saya katakan kepada semua wanita diluar sana, akan ada orang diluar saya yang cuba merendah-rendahkan kejayaan anda atau mengambil kredit terhadap pencapaian dan kemasyhuran anda.
Ed Sheeran bersama trofi Lagu Terbaik.
"Tetapi jika anda fokus kepada kerja dan tidak membiarkan orang sebegini melemahkan anda suatu hari nanti ia akan terbayar," katanya.
1989 turut menjadi album terlaris sepanjang tahun 2015.
Selain Album Terbaik, Taylor turut membawa pulang trofi Album Pop Terbaik dan Muzik Video Terbaik untuk lagu Bad Blood.
Pada 2010, Taylor turut mencipta sejarah apabila menjadi artis termuda yang ketika itu dia berusia 20 tahun dan membawa pulang trofi Album Terbaik menerusi Fearless.
Pada Grammy tahun ini, Taylor menerima tujuh pencalonan secara keseluruhan termasuk Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik namun tidak berjaya memenanginya.
Meghan Trainor dipilih sebagai pemenang Artis Baru Terbaik.
Sementara itu, lagu Thingking Out Loud nyanyian Ed Sheeran diumumkan sebagai penerima trofi Lagu Terbaik manakala Uptown Funk nyanyian Mark Ronson menampilkan Bruno Mars membawa pulang trofi Rekod Terbaik.
Ed, 24, berjaya menumpaskan empat pesaing lain dalam kategori sama iaitu Kendrick Lamar (Alright), Taylor Swift (Blank Space), Little Big Town (Girl Crush) dan Wiz Khalifa Feat Charlie Puth (See You Again).
Penyanyi berasal dari London, England itu turut membawa pulang trofi kategori Persembahan Pop Solo Terbaik.
Dalam perkembangan sama, penyanyi rap Kendrick Lamar mendahului senarai pemenang dengan lima trofi daripada 11 pencalonan yang diterimanya.
Kendrick Lamar bawa pulang lima trofi Grammy.
Kendrick menggondol hampir kesemua trofi kategori rap termasuk Album Rap Terbaik menerusi To Pimp A Butterfly selain Lagu Rap Terbaik (Alright).
Penyanyi berusia 28 itu turut membawa pulang trofi Persembahan Rap Terbaik dan Kolaborasi Rap Terbaik.
Manakala Megan Trainor dipilih sebagai pemenang Artis Baru Terbaik.
Selain Kendrick, Taylor Swift dan kumpulan The Weeknd mendapat tujuh pencalonan pada Grammy tahun ini.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy ke-58 setakat ini.
Album Terbaik
1989 - Taylor Swift
Rakaman Terbaik
Uptown Funk - Mark Ronson featuring Bruno Mars
Lagu Terbaik
Ed Sheeran - Thingking Out Loud
Artis Baharu Terbaik
Meghan Trainor
Persembahan Solo Pop Terbaik
Ed Sheeran - Thingking Out Loud
Persembahan Berkumpulan/Duo Terbaik
Mark Ronson Feat Bruno Mars - Uptown Funk
Album Pop Terbaik
Lagu Rock Terbaik
Alabam Shakes - Don't Wanna Fight
Album Rock Terbaik
Muse - Drones
Persembahan R&B Terbaik
The Weeknd - Earned It (Fifty Shades of Grey)
Lagu R&B Terbaik
D'Angelo & Kendra Foster - Really Love
Album R&B Terbaik
D'Angelo & The Vanguard - Black Messiah
Persembahan Rap Terbaik
Kendrick Lamar - Alright
Kolaborasi Rap Terbaik
Kendrick Lamar Feat Bilal, Anna Wise and Thundercat - These Walls
Lagu Rap Terbaik
Kendrick Lamar - Alright
Album Rap Terbaik
Kendrick Lamar - To Pimp a Butterfly