Bintang utamanya, Leonardo DiCaprio turut menepati ramalan apabila membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik.
Leonardo sebelum ini pernah dicalonkan tiga kali untuk kategori sama iaitu menerusi filem The Aviator, The Departed dan The Wolf of Wall Street namun gagal membawa pulang sebarang trofi.
Nama Leonardo turut disebut-sebut untuk dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Akademi yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini.
Dalam pada itu, The Revenant turut diumumkan sebagai Filem Terbaik manakala pengarahnya Alejandro Gonzalez Inarritu menerima trofi Pengarah Terbaik.
Alejandro Gonzalez Inarritu terima trofi Pengarah Terbaik.
The Revenant turut membawa pulang trofi menerusi kategori Audio Terbaik dan Sinematografi Terbaik.
Antara karya lain yang turut menerima penghargaan pada malam tersebut adalah Mad Max: Fury Road, Room, Steve Jobs, Bridge of Spies dan Brooklyn.
Aktres Brie Larson pula dipilih sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam filem Room.
Bagaimanapun Brie tidak hadir pada acara itu kerana sedang menjalani penggambaran filem King Kong di Australia.
Calon lain dalam kategori sama adalah Alicia Vikander, Cate Blanchett, Maggie Smith dan Saoirse Ronan.
Pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Kate Winslet.
Kate Winslet penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Steve Jobs dan Mark Rylance pula memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Steven Spielberg, Bridge of Spies.
Kategori Filem Tempatan Terbaik yang memberi penghargaan kepada karya dari Britain pula dimenangi oleh Brooklyn.
Filem lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah 45 Years, Amy, The Danish Girl, Ex Machina dan The Lobster.
Naskah mengangkat kisah kehidupan dan kematian penyanyi Amy Winehouse iaitu Amy berjaya membawa pulang trofi Dokumentari Terbaik.
Berikut adalah senarai penuh pemenang BAFTA 2016:
Filem Terbaik: The Revenant
Filem Tempatan Tebaik: Brooklyn
Aktor Terbaik: Leonardo DiCaprio (The Revenant)
Aktres Terbaik: Brie Larson (Room)
Aktor Pembantu Terbaik: Mark Rylance (Bridge of Spies)
Aktres Pembantu Terbaik: Kate Winslet (Steve Jobs)
Pengarah Terbaik: Alejandro G Inarritu (The Revenant)
Filem Adaptasi Terbaik: The Big Short
Filem Asal Terbaik: Spotlight
Filem Animasi Terbaik: Inside Out
Filem Dokumentari Terbaik: Amy
Filem Asing Terbaik: Wild Tales
Sinematografi Terbaik: The Revenant
Suntingan Terbaik: Mad Max: Fury Road
Solekan Terbaik: Mad Max: Fury Road
Muzik Terbaik: The Hateful Eight
Rekaan Kostum Terbaik: Mad Max: Fury Road
Audio Terbaik: The Revenant
Kesan Khas Terbaik: Mad Max: Fury Road
Filem Animasi Pendek Inggeris Terbaik: Edmond
Filem Pendek Inggeris Terbaik: Operator
Pendatang Baru Terbaik: John Boyega