MODEL antarabangsa, Kendall Jenner menfailkan saman terhadap sebuah syarikat kosmetik Cutera yang telah menggunakan wajahnya untuk produk mereka. Kendall, 20, menuntut ganti rugi sebanyak USD 10 juta (RM4.1 juta) kerana menggunakan wajah dan testimoni tanpa kebenaran dan sebarang kontrak. "Cutera telah menggunakan nama Kendall Jenner secara tidak rasmi. Cutera juga tidak pernah meminta izin untuk menggunakannya sebagai model produk berkenaan dan Kendall juga tidak mengizinkannya," antara isi kandungan tuntutan tersebut. Tahun lalu, Kendall pernah menggunakan perkhidmatan Cutera Laser Genesis itu bagi mengubati jerawat dan memulihkan kulitnya ketika itu bermasalah. Namun, ia bukanlah berbetuk iklan atau promosi percuma kepada syarikat kecantikan tersebut.