ANGGOTA kumpulan Super Junior, Heechul mengakui seorang yang bernasib malang dalam percintaan kerana sering ditinggalkan oleh teman wanitanya. Allkpop melaporkan Heechul membuat pendedahan itu ketika muncul dalam program A Hyung I Know baru-baru ini. Penyanyi itu memberitahu hubungannya tidak pernah bertahan melebihi sebulan dan ia membuatkan dia berasa berputus asa dengan situasi berkenaan. "Saya letih apabila hubungan cinta yang terbina tidak kekal lama dan sentiasa ditinggalkan," katanya.