SALAH seorang anggota Day6 itu Junhyuk dilaporkan sudah ditamatkan kontrak oleh syarikat pengurusannya JYP Entertainment. Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh syarikat pengurusan itu pada Sabtu lalu, bahawa Junhyuk tidak lagi mengikuti sebarang aktiviti yang dilakukan Day6. "Junhyuk yang selama ini bersama Day6 telah memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan kami atas alasan peribadi. "Kami berharap peminat-peminat dapat terus menyokong keputusan lelaki itu yang kini memulakan kerjaya lain. "Selain itu, Day6 kini dalam proses merakam album terbaru mereka dan akan menemui peminat dengar karya terbaik," ujar kenyataan daripada syarikat tersebut. Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang menuduh Junhyuk ditamatkan kontrak serta merta kerana didapati bercinta dengan peminatnya sendiri.