suria

Persembahan Di Oskar Pengalaman Terburuk Sam Smith

PENYANYI Sam Smith menyifatkan persembahannya pada Anugerah Akademi ke-88 menerusi lagu Writing's On The Wall sebagai pengalaman terburuk dalam hidupnya.

Bercakap kepada BBC, Sam berkata, dia terlalu gemuruh sehingga menyebabkan tumpuannya terganggu ketika menyanyikan lagu tersebut.

"Saya tidak pernah berasa gemuruh seperti itu sepanjang hidup saya. Nyanyian saya teruk dan saya benci dengan persembahan berkenaan.

"Ia adalah pengalaman terburuk saya," katanya.

Sam bagaimanapun berjaya membawa pulang trofi menerusi kategori Lagu Tema Asal Terbaik dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada komuniti LGBT.

Artikel Lain